Tiada kata seindah bahasa...tiada saat yang pa
ling manis bagi seorang gadis apabila tiba saatnya hati disatukan dengan insan tercinta dalam ikatan yang Sah! Tepat pukul 8.45 malam, 03 Jun 2006, bertempat di masjid Kg Sawa Kecil Pendang Kedah. Saat inilah kami sah menjadi sepasang suami isteri,,,,,,saat lafaz diucapkan, maka berderailah air mata bercucuran jatuh ke pipi....perasaan sayu menyelubungi kerana aku dinikahkan dengan berwalikan abg kandung ku Mustafa b. Md Nasir, kerana ayah ku terlebih dahulu dijemput mengadap ilahi tanpa sempat mewalikan pernikahanku...dalam bahagia bercampur sendu...abang menyarungkan sebentuk cincin sebagai tanda membatalkan air sembahyang....Dan kini setelah sekian lama selama 6 tahun ++ kami berjaya mengharungi dugaan rumahtangga bersama,,,,Aku bersyukur kepada mu Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang suami yang sangat penyayang, dan bertanggungjawab. Semoga Kau berkati hubungan kami hingga ke Jannah Ya Allah..bimbingla kami ke jalan Mu...Jadikanlah kami ibubapa yang mendidik anak yang cemerlang di dunia dan akhirat..In Sha Allah...
No comments:
Post a Comment