background

Saturday, 30 November 2013

last..but it's not the end

Assalamualaikummm..
Akhirnya hari yang dinanti dah tiba...tepat jam  5.00 pm,,,terpaksa juga aku melangkahkan kaki dari PPDNKK Kajang, hati sedih menangis pilu..sbb mau atau tidak demi mengejar cita2 untuk berjaya di masa depan ..maka aku tabahkan hati walau dlm terpaksa nak tinggalkan  kwn2 yg sgt ku  syg...


Dari pagi hati dah mula terasa...terpikir juga mcmna la tiba saatnya nnt....seperti yang dh ku duga....air mata ini akan menitis...bukan menitis lagi dah...dekat nak banjir dah pejabat...huhuhuhu..buat sahabat2 yg ku sayang especially sal,k.liza, jijah, mekda, nurul n noni...kenangan bersama kalian xkan kulupakan sampai bila2..sesungguhnya korang la sahabatku dunia akhirat...

Nak rakamkan juga terima kasih pada sahabatku sal,,,,belanja akak mkn pizza buat kali terakhir kita bersama,,,,sal jg susah pyh gi tempah bantal yg comel ni utk akk...


                                             
       tq so muchhhh sal...i'm gonna miss u dear...






 tq juga pd k.liza n da geng  also pada staff KPDNKK Kajang sebab sudi hadiahkan kain pasang ni utk i...huhuhuhu....sesungguhnya persahabatan kita lahir dr hati yang suci...semoga ukhwah antara kita tidak berakhir di sini...
Ni anatara kenangan yang xkan dapat kita lupakan sampai bila2..Audit SIRIM 2013...Nanti Uols meeting u ols pandang skirting ni..uols ingat la kat i erk...







Sepanjang dlm perjalanan,,,,,air mata ini x berhenti menitis,,,,tp aku terpaksa terima hakikat yg aku terpaksa pergi demi mengejar sebuah matlamat,,,,,siksanya saat kita berpisah...

Selamat tinggal my dear best friend, semoga kita semua maju jaya dlm bidang masing2,,maafkan andai ada terlanjur kata tersilap bicara..Halalkan mkn minum  selama kita bersama,,,,,,Dedicated to all my dearest friend!I Love u forever...
I'm gonna miss u...MMMMMuuuuuaaaHHHHHHHH..ADIOS...












Friday, 29 November 2013

PaHaLa BeRcInTa Di MaLaM jUmAaT ;))

Hai Semuaaaaa....
Assalamualaikum dan Salam Jumaat...Penghulu Bagi segala hari....hehehhehe...jom mulakan hari ni dgn aura positif..moga wajah kita berseri dan sentiasa awet muda gitewwww....hihihii

Sempena hari jumaat ni..terdetik  hati saya nak kongsi ttg pahala bercinta di mlm jumaat..hehehhe...macam best jewww,,,mcm syok jewww,,,,hehhehe..mlm jumaat korang jgn lupa letak status ni erk...
hehehe...Menikah kan sunnah nabi yang dpt sempurnakan separuh agama...menikah juga mendatangkan ketenangan (sakinah), dan kebahagiaan (sa'adah). Sakinah bkn hanya kerana cinta yang bersifat fisik (mawaddah), tetapi juga dikuatkan dengan cinta yang  bersifat non-fisik (rahmah). semua ni merupakan nikmat tersendiri dari Allah yang hanya boleh dirasakan oleh orang yang menikah..

hehehhe...mlm jumaat misalnya..ada byk cara bg suami/isteri untuk mndapatkan pahala dan ganjaran dari Allah..yang mana nikmat ini tidak akn dirasai oleh golongan yang belum menikah..Bagi semua muslim,,,membaca surah al-kahfi di mlm jumaat adalah sunnah.."Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya diantara dua jumaat. (sabda Rasulullah yang diriwayatkan Al Hakim dan Al Baihaqi serta dishahihkan Al Albani)

Tapi bagi pasangan suami isteri yang membaca surah al-kahfi bersama di malam jumaat...saling berjimak,adalah kenikmatan tersendiri...pahala sunnah membaca surah al-kahfi pn dpt, ketenangan pn dpt,,penguatan cinta pn dpt..bestkan????senang nyaaa nak dpt pahala ..sebab...cinta dlm islam bukan hanya memandang kecantikan pada wajah dan tubuh,,,malahan..beribadah bersama,,,berbuat amal bersama , menghidupkan rumah dengan sunnah,,,inilah sebenarnya penumbuh dan penguat cinta dlm rumahtangga...SuhanAllah..semoga kita kembali kpd sunnah...rasa mcm rumahtangga kita, pemikiran kita dh jauh dr sunnah...Ya Allah kembalikan aku dan suami supaya sama2 memahami ajaran islam yang sebenar..supaya dpt kami membimbing anak2 ke arah islam yang sebenar...aminnnnn

Malah dalam satu riwayat menyebut..para sahabat terkejut apabila Nabi SAW menyebut bahawa  berhubungan  badan dgn isteri adalah sedekah..Masya Allah... Sudahla mendapat nikmat sedekah,,malah pahala juga didapati selain ulama juga mengatakan bahawa  bercinta di mlm jumaat mendapatkan keutamaan tambahan, selain pahala seperti yang disebutkan oleh Rasulallah tersebut...



Camna entri hari ni..ok x..hehehe...biasala..baru mula2 nak berjinak dengan dunia blogger...hihihii

K..la..jari jemari pn dh lenguh...nak out dlu..nnt ada masa saya kongsi lagi...Assalamualaikummmm                                              






Thursday, 28 November 2013

Luahan Dari Hati...Anti MLM!!!!!

Assalamualaikum...
Hurmmmm...astaghfirullah....x baik mengeluh kan...cmna erk nak cerita...
haaaaa..cmni...korang penah x rasa sentap sbb dikhianati oleh kawan dari kecik korang..memang sentap beb! semuanya psl aku  x berpikiran sama mcm dia...adil ke dia buat aku cmni?????
Dia suka sgt bisnes M.L.M.....sebaliknya aku anti M.L.M....au dh  byk kali kena dgn org2 MLM ni..kononnya nak tolong kawan(salah satu ayat org MLM)..kerja MLM ni x berkat beb,,,,dari awal sampai akhir ko kena menipu org ..kononnya ko dh dpt ribu riban sbb buat MLM...tu semua ayat nak motivasi diri sendiri ...walhal pd hakikatnya ko xde pn...ckp saja x guna...cuba ko print statement ko tunjuk duit yg ribu riban ko dpt tu.....Ini x...dok tunjuk pic org dpt keta mewah katanya buat 5 lima bulan ja....ok..xpa..tapi ko tau ke brp dh modal org tu bw kuar,,then ko dh 3,4 bulan buat MLM ko..mana hasilnya????tapi aku tgk ko dh mcm2 MLM ko buat....tetap sama juga hidup ko dr dlu smp skrg....

Dok sibuk tunjuk bukti org....org zaman skrg cerdik2 dh...bkn duduk mcm katak  bwh tempurung lg dah...MLM ni sama ja kebanyakannya guna sistem pyramid...ada  yg x guna sistem ni...tp bila dikaji balik sistem dia,,,sama je ko kena menaja org,,,lg bsr pakej org yg ko taja amek dgn ko..lg besar bonus ko dpt...bkn ke itu sistem pyramid?????bodoh!!! Bila aku ckp aku dh byk hbs sbb MLM ni....ko ckp aku negatif person...sblm ni ko pos mcm2 kt FB tanpa hirau perasaan aku sbg kwn ko..mcm 2 ayat  status ko perli...ko ingat aku tunggul ke...

Sbnrnya dh lama aku sabar dgn sikap ko...aku pn manusia biasa...kesabaran pn ada tahapnya...ade ke patut aku x beli produk dekat ko ...ko ckp aku x support kwn...aku sbg pengguna mestilah aku pilih produk yg sama dengan harga yang lbh murah..dah aku pn kerja Kementerian Perdagangan...dok bg ceramah bagai untuk pengguna....kompomla aku kena bertindak bijak.....klu ko btl kwn spttnya ko jual murah dekat kwn ko dari org lain jual...ko jd  ketua reunion  pn ko nak amek untung dgn kwn2 ko..pttlah hanya 4 orang je yg sudi nk join reunion...rupanya org lain dh tau rate sbnr...aku pn dh check la dgn chalet yang kita nak p tu..aku pn dh tau rate sbnr,,,,gila kowt ko mark up..bg aku klu ko ikhlas...xdak makna nya ko nak amek untung hanya kerana ko tlg incahrge reunion..pikir lah weyyyyyy...dah la..aku pn dh malas nak layan...ni ko letak lg status ko kt FB...lantakla...x kwn dgn ko pn aku x kisah la...ramai lg aihh kwn..

Kuman Salmonella.....

Telur Punca Makanan Kotor Dan  Membawa Penyakit

Telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum dipecahkan untuk dimasak ke dalam makanan.

Najis ayam pada telur yang masuk ke dalam makanan bukan saja membuatkan makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella.

Begitu juga pastikan telur yang dibeli tidak retak, kerana kuman Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak. Tanda awal pembiakan kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk sebaik dipecahkan.

Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam dan manusia dengan mudah mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, dengan memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam.

Wednesday, 27 November 2013

Cara delete Akaun Facebook Orang Yg Telah Meninggal Dunia..

Kewujudan Facebook memberi impak yang baik kepada pengguna dimana pelbagai faedah boleh diperolehi melalui Facebook seperti mencari balik kawan lama, merapatkan hubungan kenalan yang jauh serta menjana pendapatan melalui Facebook. Namun terdapat masalah yang sering dihadapi oleh pengguna Facebook. Ianya apabila keluarga mereka telah meninggal dunia dan tiada seorang pun dari keluarganya tahu kata laluan si mati.. Berikut adalah cara mendeleta akaun Facebook orang yang telah meninggal duni yang dikongsikan 
Cara delete akaun facebook orang yang telah meninggal dunia – itulah pertanyaan salah seorang daripada pembaca blog ini semalam. Pada mulanya sekadar melihat saja dan terdiam seketika kerana tidak pernah terfikir dan pula hanya ada masa yang singkat sekarang tapi bila terfikir kelak jika diri ini tiada siapa akan tolong deletekan?
Mati atau meninggal dunia tidak akan menunggu sesaat dan waktu yang sesuai sekalipun. Apabila telah tiba masanya kita tetap akan pergi jua walaupun urusan dunia kita sangat banyak tidak selesai lagi kerana ini satu ketentuan Illahi.
Saya doakan diri ini dan pembaca entri dan blog ini semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki – jangan takut bicara tentang kematian.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan…” – al-Anbiya’ 35

CARA DELETE AKAUN FACEBOOK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Facebook seperti entri dua tiga hari yang lalu saya telah kongsikan bagaimana ia membina sebuah timeline atau lebih mudah bahasanya ialah perjalanan kehidupan kita yang kita kongsikan di laman Facebook dengan memuat naikkan status, foto dan video serta banyak lagi.
Tertanya-tanya juga bilakah kali hari-hari terakhir kita update Facebook?
Bukan bercakap seumpama diri ini sangat sempurna, tapi sebagai manusia kita harus ambil pemikiran dan pentafsiran kita dari sudut positif kenapa ada entri sedemikian.
Facebook telah menawarkan 2 pilihan kepada akaun mereka yang telah meninggal dunia iaitu:
  1. Pilihan untuk mengekalkan akaun tersebut sebagai peringatan kepada si mati
  2. Pilihan untuk memadamkan terus akaun si mati tersebut
Namun adalah sangat mustahil untuk Facebook memberikan kepada kita kata laluan dan emel akaun si mati walaupun kita sebagai keluarga paling dekat dengan si mati. Itu polisi mereka, kita tak mampu berbuat demikian.
Ramai yang ingin mengekalkan akaun si mati untuk peringatan namun kita juga harus fikir keadaan beliau di alam sana, apakah yang ada timeline arwah itu membantu, menyenangkan atau mengganggu ketenteraman arwah?

DELETE AKAUN FACEBOOK

Saya ringkaskan dengan cara yang mudah agar membantu anda memahami secara jelas.
#Awas ini hanya contoh cara delete akaun – gambar adalah bukan contoh akaun si mati.
Pergi ke laman akaun si mati (profile).
Pergi ke bahagian > Setting > Report / Block
Pilih bahagian > Submit a Report dan tick Report *Nama Pemilik Akaun*
Pilih bahagian bawah sekali > Get help with other issues
Klik pada bahagian > How do I report a deceased person or an account that needs to be memorialized?
Teruskan klik pada bahagian > request the removal
Perhatian berikut adalah 3 perkara yang perlu anda sediakan dalam proses memadamkan akaun Facebook arwah.
Setelah sudah bersedia klik bahagian > contact us
Dan ini adalah borang untuk anda isi dalam proses terakhir bagi memadamkan akaun si mati ini dengan bersertakan 3 bukti yang telah dinyatakan dalam gambar di atas.

Semoga cara ini mampu membantu anda yang telah bertanyakan soalan ini dilaman ini dan juga buat panduan di masa-masa akan datang.

Monday, 18 November 2013

RiNdUUUU :)

hyeeee...assalamualaikummmmmm!
ermmmm rindunya kat blog QasehHasif ini...blog yang cute mute ni...hihihihihi
Nak citer epa erk hari ni...ni baru balik dari sign offer letter dari company....jeng3..hhehehhee
alhamdulillah dh dpt mcm2 info tntang cmpany...bersyukurnya aku dpt join comnpany ni..in sha Allah akan bertambah rezeki kami sekeluarga..aminnn...Rasanya  company cmnilah yang aku cari selama ni...Apapun syukur juga dgn keja skrg...sekuarang2nya aku byk bljr cmna  nak politik dlm keja huahauahauahu...cmni rupanya ...kihkihkih,,,dan ini bukan tempat untuk aku...ya akhirnya aku pasrah...aku perlukan tempat yang b oleh aku kembangkan kerjaya aku,,,,,
Hari ni baru betul2 aku fhm tentang mengapa Allah berikan kita hujan sebelum dia berikan kita pelangi....semuanya bersebab....cuma kita saja yang x perasan atau tau...tapi bila tiba masa kita akn bersyukur kerana kita telah mula faham apa sbnrnya yang dirancang oleh Allah adalah yang terbaik,,,wallahualam...

Seronoknya dah ada blog sendiri ni..leh poyo2 sendiri,,,luahkan hati dan perasaan sndr..biar lah kalau x ramai followers pun...aku bknnya nak glamour pn...huahuahauahua.....
 Maka tibalah saat dan ketikanya aku mengarang notis perletakan jawatan aku sebagai pegawai pemantau harga dan beralih ke bidang yang lebih mencabar iaitu sebagai Eksekutif Kewangan. Walaupun aku tau cabarannya sgt berbeza dari keja sekarang,,,tp sekurang2nya aku ada kepuasan dalam kerjaya..akan ku luahkan sebaiknya pengalaman yang telah aku kutip selama ini..hahahhaha  berpengalaman kewwww?????....kihkhih

Ok lah...nak  gi print notis perletakan jawatan ni...assalamualaikummmmm

Friday, 15 November 2013

along graduation dayyyy!!!

Seawal pkul 6 pg dh bgn hr ni..manddi solat subuh,trus ke dapur..niat ht nk msk ns lemak...dh siap msk ns lemak sambal sotong,telur rebus,timun jepun buat ulam...then buat kopi o utk hubby..hihihi..konon nk amek berkat la buat sarapan untuk suami..terpikir plak algkah beruntungnya surirumah yg dok umah..hr2 leh brbakti pd suami..semuanys terurus..mmg syurga la tmpat isteri yg berbakti dhn ikhlas pd suami...haaaa mesti korang nk tgk kan ruperrrr nasi lomak den..hihihi..ni haaaa den tunjuk kt
korang..Jeng3!!!!hehehe..jemput mkn yooo..kihkihkih

Dh siap msk anak pn bgn..mndikn ank2..then potong rainbow cheese Kek leleh nk bawa p sekolah.ni ha keknya..mabeles kek from friend mekda..tq so much mekda coz progress the mabeless cheese kek..hihi..
Dah siap semua termasuk adik rayyan.semua p sekolah..abah pn ikut hari ni...alhamdulillah...sayu hati dgr anak2 tadika islam al-husna membuat persembahan termasuk menghafaz ayat suci al-quran..syukur ke hadrat allah kerana mengurniakan kami zuriat yg sempurna..smga sempurna jg imannya..in sha allah...
Terima kasih tak terhingga pada ustazah masmizah,ustaxah lasiah dan ustazah mardziah yg telah mendidik anak2 sehingga tahap ini..terima kasih ustazah..jasa kalian tidak akn terbalas......









Thursday, 14 November 2013

Lagi Anugerah Terindah!!!

Anak kedua kami x tunggu lama..cukup je umur anak yang sulong 2 tahun maka aku pn dh mengandung anak kedua...kali ni aku teringin sgt2 nk menimag cahayamata perempuan,,,mcm anak sulong juga aku amalkan surah2 yang digalakkan dlm islam,,bykkn mkn kismis, dan kurma....kali ni selain mengharap baby girl, aku dan hubby juga sgt berharap supaya aku dapat lahirkan baby secara normal...mcm  biasa aku diberi duedate untuk bersalin pd tarikh spttnya. tp dah tertulis anak ibu akan keluar pada umur 10 bulan 14 hari..hiihihhii...apakan daya servik tebal kata doktor..punya la aku dan hubby excited anak girl...4 kali kitorang gi scan..kot2 ada keajaiban berlaku..... 4 kali tu juga la baby menunjukkan " bird"..hihihihi...dan aku dan hubby pn redha..yang penting baby sihat...alhamdulillah..tepat jam 08.05 pagi, sabtu, 18 September 2010. Walaupun mcm2 complication semasa melahirkan baby secara caeserean, berlaku pendarahan dan baby lekat kat rahim..huhuhu...masa tu aku cuma berdoa supaya baby aku selamat.aku x putus2 berdoa pada Allah supaya babyku selamat. akhirnya alhamdulillah...doc pn bw tunjuk jantina babyku di kepala ku. yesss betul spt keputusan scan..baby ku boy....dan kami namakan baby kedua kami Muhammad Rayyan Hasif b. Izzatfithri Aminy...sinonim dgn nama along nya iaitu Muhammad Danish Hasif..hiihhii...sbb tu tercetus nya nama blog ni QasehHasif.....kini baby ku dah pn membesar dan berumur 3 tahun ++..




Saat Terindah!!!!

kali nak share pasal saat paling ditunggu2 oleh setiap pasangan suami isteri yg dh berkahwin...semua org nak zuriat kan..mcm tu juga kami...setelah 10 bulan mencuba dan berusaha disamping  bertawakkal pada Allah,,,,,akhirnya aku disahkan mengandung anak pertama,,,tp sebelum tu nk share la dgn korang cmna aku leh tau aku dh pregnant..hihihii
Mulanya aku demam,,,,bdn aku x bermaya..xde tenaga sangat2...bau bantal suami pn aku x tahan,,bdn dia pn aku bau busuk sgt2...aku pn hairan...asyik baring je..bdn rasa sgt letih..huhuhu....ms tu suami pn demam sekali..dia pn dh agak yang aku dh pregnnant...ms tu period dh lewat 1 mggu..excitednya aku dgn suami g beli beli pregnancy test kt Farmasi...bgn awal pagi aku pn  buat la test,,,,,tapi jawapan nya hampaaa!!!ermmmm...aku tau suami ms tu pn frust..tp dia bgtau xpe..in sha allah klu diizinkan Allah...then tggu lagi period dh lewat 2 mggu...maka aku dan suami pn mcm yakin..tp kali ni kami amek kptsan gi check kt klinik. Maka abg pn bawa aku ke klinik Az-Zahrah Bangi...buat la test cm biasa....tggu 5 minit doc pggil masuk bilik...doc salam dgn abg..tahniah encik,,,isteri encik mengandung...masa tu masih terbayang lg wjh abg yg tersenyum gembira sgt2,,,,,dia ckp mcm nk lompat sampai syiling..hiihhihi...dan aku masa tu bersyukur sgt2 sbb berjaya tunaikan impian abg untuk bergelar bapa..terima kasih ya allah..Dan yang paling bahagia...tanggal 25 april 2007 iaitu tarikh keramat bagiku kerana inilah tarikh lahir ku...dan hari ini juga kami mndapat berita gembira ini..INILAH Hadiah terindah di hari lahir yang pnh aku dapat...Semasa mengandung aku rajin amalkan bacaan surah2 dari al-Quran,,,,antara surah yang aku amalkan sehingga saat kelahiran ialah:

10 bulan 15 hari maka saat yang dinanti  pn tiba...tepat jam 02.05 minit pagi,  06 Januari 2008...aku berjaya melahirkan seorang baby boy  yg sgt comel secara caeserean,,,
, walaupun dh di induce sebanyak 3 kali,,,,,jalan still x mau bukak wpun lbh dr 8 jam,,,,,hubby setia menunggu di sisi di labour room di hospital Serdang,,,akhirnya jantung baby dh mula lemah...doc ambil keputusan untuk membuat pembedahan,,,huhuhuhuhuu...punah segala harapan aku dan hubby untuk melihat aku bersalin di depan matanya...hmmmm apa nak kata Allah maha kuasa..kami pasrah...

ya inilah putra sulong kami...Muhammad Danish Hasif b. Izzatfithri Aminy...(nama panjang mcm jambatan pulau pinang)..hihihii....Yang bermaksud yang bijak, pintar,,dan baik budi pekerti..dengan harapan anak ibu berjaya didunia dan akhirat,,,jg berbudi pekerti seindah namamu sayang...Dan kini...alhamdulillah..ank ibu mmbesar mnjadi ank yg baik, bijak,
manja,  aktif, sihat...ermmmm dah encem pn anak ibu, dah 5 tahun pn usiamu. Semoga kekasih hati ibu mnjadi anak yang soleh dan beriman..aminnn

Saat manis Bergelar isteri kepada Izzatfithri Aminy





Tiada kata seindah bahasa...tiada saat yang pa
ling manis bagi seorang gadis apabila tiba saatnya hati disatukan dengan insan tercinta dalam  ikatan yang Sah! Tepat pukul 8.45 malam, 03 Jun 2006, bertempat di masjid Kg Sawa Kecil Pendang Kedah. Saat inilah kami sah menjadi sepasang suami isteri,,,,,,saat lafaz diucapkan, maka berderailah air mata bercucuran jatuh ke pipi....perasaan sayu menyelubungi kerana aku dinikahkan dengan berwalikan abg kandung ku Mustafa b. Md Nasir, kerana ayah ku terlebih dahulu dijemput mengadap ilahi tanpa sempat mewalikan pernikahanku...dalam bahagia bercampur sendu...abang menyarungkan sebentuk cincin sebagai tanda membatalkan air sembahyang....

Dan kini setelah sekian lama selama 6 tahun ++ kami berjaya mengharungi dugaan rumahtangga bersama,,,,Aku bersyukur kepada mu Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang suami yang sangat penyayang, dan bertanggungjawab.  Semoga Kau berkati hubungan kami hingga ke Jannah Ya Allah..bimbingla kami ke jalan Mu...Jadikanlah kami ibubapa yang mendidik anak yang cemerlang di dunia dan akhirat..In Sha Allah...

H.I.J.R.A.H

Hijrah...errmmmm apa yang kita faham tentang hijrah eyyy..
aku just nak kongsi apa yang aku rasa saat ini...HIJRAH kali ni sangat memberi makna untuk aku..
semoga hijrah aku kali ini lebih memberi sinar dalam hidup aku sekeluarga...memang berat hati aku nak berhijrah kali ini...tp memandangkan peluang dtg saat maalhijrah..mgkin ini hijrah yg terbaik untuk aku...
Dari kecik aku diperkenalkan dgn lagu hijrah..antara bait2 kata lagu hijrah ialah....
Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan, yess!! bait inilah yang menguatkan hati aku untuk berhijrah..
Hati meratap sayu saat aku ingin berpisah..apakan daya kita hanya insan biasa yang tidak mampu melawan takdir yang Esa...kita hanya merancang...namun Allah yang menentukan...sesungguhnya perancangan Allah Maha terbaik untuk kita..mgkin hijrah kali ini sebuah hijrah yang hakiki..namun keberkatan lebih ku tagih dari yang maha Esa...aminnnnn..
Hati sedih mengingatkan tentang kawan2 terutamanya noni, sal, norul, jijah, mekda dan k.liza...buat kwn2 ku yang tersayang,,,,kenang daku dalam doa kalian...wpun kita berjauhan, namun korang dekat dihati aku..aku sayang korang, kenangan bersama akan ku simpan kemas dalam memori ingatanku...hukhukhuk...sedih sgt...
selamat tinggal kawan2... love u oll ketat <3<3

Maafkan segala keterlanjuran, terasar bahasa, tersilap bicara...termakan dan terminum minta dihalalkan ye geng..

Geng 3 Serangkai

Excited dapat buat blog sendiri..hihihihi

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...akhirnya tercapai juga impian nak buat blog sendiri,,setelah 2 kali mencuba buat..tapi ini kali pertama aku berjaya..Yess!!! tepuk tangan 3 kali hehehehe...dgn bangganya tepuk untuk diri sendiri..
Matlamat utama yang aku nak share..semuanya about kenangan, impian dan harapan...Yess!!!!  Kisah diari hati seorang Anak,,,Isteri,,,,dan juga Ibu..it's all about tanggungjawab...Ya allah..berikanlah aku kekuatan untuk mengahrungi hidup di dunia dan akhirat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan ibu...ya allah...sungguh berat tanggungjawab ini..doronglah aku dan keluarga ku ke landasanmu..
tetiba terjiwang plak..hihihii
ok...back to basic..Semoga tanggungjawab ini dapat ku pikul sebagai jalan untuk ku ke jannah...
Best jugak erk dah ada blog sendiri..kita boleh tulis apa saja ikut hati kita..namun kalau boleh nak la juga berkongsi dengan kawan-kawan tentang ilmu dalam mendidik anak-anak demi mencapai hidup yang cemerlang di dunia dan akhirat..aminnnn
sekian saja untuk entry kali ni..sbnrnya byk sangat benda yang nak aku kongsi..In sha allah kita akan bersua lagi..daaa daaaa...As salam...